Jenis-jenis jambia Jambia

Jambia dari Yamen dalam sarungnya

Sebagai mana senjata-senjata lain, jambia terdapat dalam pelbagai jenama. Harga jambia di Yaman antara 500 Rial Yaman sehingga 200 juta Rial Yaman. Jenis Jambia dikaitkan dengan bahan yang digunakan termasuk kualiti dan reka bentuknya.

Hulu atau pemegangnya

Bahagian terpenting bagi jambia ada;ah hulunya. Malah, harga jambia dalam kebanyakan kes ditentukan oleh hulunya. Hulu saifani diketahui sebagai paling terkenal dan didapati pada mata kaum bangsawan. Hulu saifani dihasilkan daripada tanduk badak, yang mampu mencecah $1500 USD setiap kilogram. Versi ulu saifani berbeza dibezakan melalui warnanya. Kebanyakan ulu jambia lain diperbuat daripada tanjuk jenis lain atau daripada kayu. Selain daripada jenis bahan yang digunakan bagi menghasilkan ulunya, reka bentuk dan perincian pada ulunya menggambarkan nilai dan status pemiliknya.

Bilah, sarung dan tali pinggang

Dalam kebanyakan kes bilah mata dua jambia dihasilkan dengan keluli. Mata bilah disimpan dalam sarung, biasanya diperbuat daripada kayu. Sarungnya biasanya dihiasi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan status pemiliknya. Ia termasuk hiasan perak, batu separa berharga dan kulit. Sarung itu diletakkan pada tali pinggang kulit yang biasanya selebar 2-3 inci. Tali pinggang ini biasanya dikenakan dibahagian bawah badan. Terdapat barangan lain dikenakan pada tali pinggang ini, seperti dompet perak bagi menyimpan wang dan duik kecil.